perjuangan
wajib menempuh rintangan
wajib menempuh ujian
Islam yang diwarisi
tidak mudah datang terhampar
tidak sesenang membentang permaidani merah
untuk dilalui umah
ia pengorbanan Nabi dan Rasul
ia pengorbanan Siddiqin dan Syuhada
sejak dulu dan kini
dalam pelbagai suasana dan segi
bermula
pengorbanan harta
pengorbanan masa
pengorbanan ilmu
pengorbanan fikiran
pengorbanan kesabaran
pengorbanan ketekunan
hingga tumpahnya darah
sebagai tanda saksi terakhir
bukti ketundukan dan kepatuhan
kepada Azawajalla
maka jihat itu berdiri
perlu dalam kendiri
sejauh mana tahap perjuangan dan sumbangan
kearah memastikan Islam
menjadi agama yang memerintah
bukannya diperintah ?
berapa banyakkah harta yang disumbangkan
berapa banyakkah peluh masa dan tenaga
yang mengalir demi kemurnian Islam
dari dinoda musuh yang sentiasa memerangi ?
jadikan pengorbanan
nama saja perjuangan
sho081209
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan