Khamis, 10 Disember 2009

Di Kala Ombak Membelai Pantai

di kala ombak membelai pantai
mengalunkan irama kehidupan
di situ terdampar buih-buih kasih
membasahi kaki-kaki yang berlari
lalu meninggal jejak-jejak kepayahan

di kala ombak membelai pantai
memadam kisah-kisah terlarik
dicantis hamparan pantai berbutir pasir
dengan lorekkan yang baru
membentuk bunga-bunga pelangi
lalu diwarnai dengan saga raga

di kala ombak membelai pantai
di situ terpaku menunggu waktu

(buat kekawan yang gemar berombak di dataran)


sho,10.12.09

Tiada ulasan:

Catat Ulasan