Jumaat, 18 Disember 2009

MUHARAM

Muharam datang lagi
setahun berlalu
melabuhkan rentetan kehidupan
mengunting lipatan hiliran
membentuk bebayang
yang mengekori 
realiti-realiti indah dan ngeri


Muharam datang lagi
menjamah usia
menyedut manisan diri
tanpa di paksa
meninggalkan tanda-tanda
yang membenam rasa


Muharam datang lagi 
mengukir larik kerawang
pada raut wajah
sumbang bunga pencak
bila di atur langkah
berat pancaindera bila merasa


Muharam datang lagi 
pasti menghampirkan diri
pada saat-saat mati

sho18.12.09

Tiada ulasan:

Catat Ulasan