Isnin, 9 November 2009

Lihat peristiwa itu

ini antara peristiwa-peristiwa yang mencabar minda
malah ia mengugat iman di dada
mari kita sama-sama muhasabah
untuk dijadikan satu perjuangan
bukan hanya satu pemahamam

Peristiwa 1

nun jauh di Eropah, di bandar Dresden, Jerman
Dr Marwa as-Syarbini
wanita hamil warga Mesir
ditikam 18 kali dalam masa 3 minit
di hadapan suami dan anak lelaki
di hadapan hakim, juri saksi dan pegawai polis
di dalam makamah yang bersidang
semuanya kerana mempertahankan
hak pemakaian tudung kepala
di sebuah negara Eropah
dan beliau digelar Mujahidah

lihat tu..... ia mempertahankan auratnya

Peristiwa 2

dekat aja, Banda Aceh di Aceh Barat
penguat kuasaan akan di jalankan tahun depan
menegah Muslimah berpakaian ketat di umum
siapa pakai celana ketat atau jean
akan digunting dan diganti dengan kain sarung

lihat tu...... ia mempertahankan aurat Muslimahnya


Pandanglah sekeliling kita
dimana aurat-aurat Muslimah kita
tanggung jawab siapa...
adakah ," mereka dengan keluarga mereka"
atau pemimpin -pemimpin yang dilantik

lihat tu....... muhasabahlah 


sho/10/11/09

Tiada ulasan:

Catat Ulasan